top of page
Writer's pictureTeam Hi Pro

2 Nasihat PENTING elakkan sinki dapur tersumbat


Best tak sinki tersumbat..??

Ni admin tulis kat sini kang nak kata admin membebel pulak la kan.. tapi kalau dah asyik tersumbat aje sinki mana boleh tahan. Dah bagi tau tatacara pengunaan pun masih tak paham. Nanti lama-lama tersumbat terus lagi besar kos nak merepair, ha..ha.. memang membebel la ni kan..


Tips #1: Buang sisa makanan ke dalam tong sampah terlebih dahulu.

Macam pelikkan perkara ni nak kena bagitau, tapi begitulah hakikatnya, memang ada jenis yang tak paham.. sisa makanan tu bukan tulang ayam tulang ikan sahaja tau... cebisan nasi, kuah dal, kulit lada, baki taugeh, daun kelsum asam pedas tu pun termasuk sisa makanan yang patut dibuang dalam tong sampah dahulu sebelum basuh pinggan. Buang semua sekali ke dalam tong sampah tu kemudian baru basuh pinggan. kalau tak buat macam ni memang asyik tersumbat ajelah sinki dapur tu. bukan berat sangat kerja nak buang sisa makanan ke dalam tong sampah. Berapa ciput la sangat kalori yang terbakar tu bila buang sisa makanan ke dalam tong sampah..


Tips #2: Kaut sisa yang tertinggal kat sinki tu.

cuba korang ingat balik, lepas basuh pinggan tu ada beberapa sisa makanan seperti nasi, biji limat, kulit lada atau sayur yang korang tak abis makan tu tertinggal kat sinki apa korang buat.. admin bagi 3 minit untuk ingatkan dan fikir. Times up...! haa.. biasanya kalau yang cerdik tu dia akan bukak paip lalukan air dan biarkan sissa-sisa tu masuk ke laluan sampai hilang dari pandangan, biar sinki tu nampak bersihkan..?? atau yang lagi cerdik dibiarkan aje sisa tu kat sink sampai orang berikutnya nak gunakan... ni mesti masa kecik-kecik banyak minum susu formula ni... SALAHHH caranya tu ya.. di ulangi SALAHHH... untuk yang mereka yang pandai, cerdik dan pintar merekan akan pasang perangkap sampah dan kaut semua sisa tu dan buang dalam tong sampah. Orang macam ni memang admin respek. berfikiran jauh dan berwawasan. bukan pemalas. Bila dah tersumbat tau pulak engkau gelii.. busuk la, kotor la.. jijik la.. abis puncanya sapa..?? orang-orang yang "cerdik sangat" tadi tu la kann..


Saluran keluar paip di apartment atau flat tak sama ya dengan rumah atas tanah atau rumah kat kampung kita... laluannya lebih jauh dan berliku-liku. kalau tersumbat memang naya tau.. naya... silap-silap jiran-jiran keliling kita semua terlibat tau.. soo tolong beringat sikit ya.. sila kembangkan minda tu dan bawak attitude rakyat yang boleh berfikir sikit.


Sekian bebelan admin untuk kali ni.

124 views0 comments

Comments


bottom of page